Sunday, October 28, 2012

28/oktober 2012
Pada pukul 2.20 ptg, maka pergilah Nendaku Hjh Mariam bt Hj Sirat ke Rahmatullah menghadap Illahi. Nasib baik minggu lepas aku sempat juga melawat beliau di Johor Bahru sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Berasa sayu juga dihati bila menatap wajah arwah yang terbujur kaku di hadapanku di Masjid Separap. Bila ku kucup dahinya, terasa lembut dan sejuk. Bau wangi air kapur barus jelas menusuk kedalam rongga hidungku. 
Malam itu juga jenazah nendaku dikebumikan. Dikelilingi oleh kaum keluarga dan sahabat handai menemani nenda ke tempat persemadian terakhir beliau. Pukul 9.15 malam, maka jenazah beliau selamat dikebumikan di lot 333 tanah perkuburan islam Separap.  Semoga Nenda akan ditempatkan dikalangan hambaNya yang solehah.
- Selepas ini, setelah ketiadaan Nendaku, maka adakah kami, ahli keluarga Hj Salleh, akan berkumpul semula di rumah Nenda ketika perayaan aidilfitri? Atau adakah kami akan membawa diri masing-masing jauh meninggalkan rumah nenda? Adakah silaturahim antara kami nanti akan terkubur bersama dengan terkuburnya jasad Nenda? Entahlah. Aku cuma berharap kami semua tidak akan melupakan antara satu dengan yang lain dan akan senantiasa mengeratkan silaturahim antara kaum keluarga ini......
Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Nenda dan Atukanda agar mereka tenang bersemadi di sana....al-fatihah

No comments:

Post a Comment