Tuesday, January 15, 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARI. REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

INI ADALAH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SUBJEK: REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
TAHUN: 6
MASA: 1 JAM


RANCANGAN PDPC HARIAN
MINGGU
HARI
TARIKH
TAHUN
MASA
MATAPELAJARAN
1
Khamis
11/1/2019
6
9.20-10.20



Reka Bentuk dan Teknologi
60 minit
BIDANG
TAJUK / UNIT
Teknikal
4.0 Penghasilan Projek
STANDARD KANDUNGAN
4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
logam, bahan logam dan elektromekanikal (ms11)
STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.1 Menyatakan bahan yang akan digunakan seperti Polivinil Klorida (PVC) dan perspeks.
4.3.2   Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan seperti gergaji tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang (scroll saw), pahat, pisau pemotong perspeks, pistol pengokot (stapler gun) dan pistol perekat panas (hot glue gun).
4.3.3   Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai kokot dan rod perekat panas (hot melt glue).
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid akan dapat :
1. Menyatakan dua bahan yang akan digunakan seperti polivinil klorida (PVC) dan perspeks dengan betul.
2. Menyatakan dua nama dan fungsi alatan tangan seperti gergaji tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang (scroll saw), pahat, pisau pemotong perspeks, pistol pengokot (stapler gun) dan pistol perekat panas (hot glue gun) dengan betul.
3. Menyatakan satu bahan pengikat dan pencantum seperti dawai kokot dan rod perekat panas (hot melt glue) dengan betul.
4. Menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul.
KRITERIA
KEJAYAAN
1. Murid menyenaraikan dua jenis bahan yang digunakan dalam menghasilkan  projek.
2. Murid menyenaraikan dua nama alatan tangan dan satu fungsinya.
3. Murid menyenaraikan satu bahan pengikat atau pencantum pada projek yang dihasilkan.
AKTIVITI
PDPC
1. Guru mempamerkan contoh projek atau gambar berkaitan dan bersoal jawab dengan murid mengenai beberapa bahan berkaitan projek tersebut. (PAK21)
2. Murid diperkenalkan bahan yang boleh digunakan untuk membuat projek seperti Polivinil Klorida ( PVC ) dan perspeks.
3. Murid diperkenalkan alatan tangan yang digunakan untuk membina model serta fungsinya.
4. Murid diperkenalkan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai kokot dan rod perekat panas (hot melt glue).
5. Murid belajar cara menggunakan alatan tangan pada bahan yang sesuai dan membanding beza bahan pengikat dan pencantum. (KBAT)
6. Murid melengkapkan lembaran kerja. (PAK-21)
7. Guru merumus pelajaran pada hari ini.
AKTIVITI PAK-21
I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya)
i-Think Map - Peta Pokok
BBB
Polivinil Klorida (PVC), Perspeks, Alatan tangan,  Pengikat dan pencantum.
KBAT
Mengaplikasi
PETA I-THINK
Peta pokok
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
NILAI MURNI
Bertanggungjawab, sistematik dan berhati-hati
KEUSAHAWANAN
(EK4) - Pengetahuan tentang teknologi
KREATIVITI
Mengumpul maklumat
TAHAP PENGUASAAN (PBS)
1
PENTAKSIRAN /PENILAIAN
Lembaran kerja
REFLEKSI / IMPAK


     


Contoh RPH RBT tahun 6 

No comments:

Post a Comment