Friday, January 11, 2019

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Inggeris Tahun 4.

Ini adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian
Subjek Bahasa Inggeris
Tahun4,
Nak di tekankan disini bahawa RPH ini adalah sesuai untuk kelas saya. Jadi, kalau sesiapa nak copy, silalah ubah ikut keperluan kelas anda ye. Sebab saya mengajar di Sekolah Kurang Murid, jadi, kebanyakkan aktiviti adalah secara individu dan berpasangan.



SEKOLAH KEBANGSAAN PORING –PORING
INANAM, KOTA KINABALU, SABAH
Rancangan Pengajaran Harian

SUBJECT
English
CLASS
Year 4
DATE/DAY
09/01/2018
Tuesday
TIME
9.20-10.20
THEME
World of self, family and friends
TOPIC
Our community


CONTENT
STANDARD

2.2
LEARNING
STANDARD

2.2.2(a)
OBJECTIVES
At the end of the lesson, pupils should be able to:
a)      Read and understand the text by:-
b)      Answering all the questions given correctly.
TEACHING
AND
LEARNING
ACTIVITIES
1)      Revise previous lesson on fishermen village.
2)      Read the article on how to make salted fish.
3)      Pupils take turns to read the article. Check pupils’ pronunciation.
4)      Match the pictures with the sentences.
5)      Discuss about the ways of making salted fish.
6)      Answer all the questions given
TEACHING AIDS
-          Picture cards.
-          Word cards.
E.M.K.
   - Moral value     -nature educationa

KBAT/I-THINK
-          Substitution table
-           
ASSESSMENT
Observation.      
Work production
REMEDIAL
Fill in the blanks with correct nouns.
ENRICHMENT
Ask and answer questions without teacher’s guidance
REFLECTION



7 - 12 january 2019

alhamdulillah....
selesai sudah minggu ke dua sessi persekolahan 2019.
buat masa sekarang, semuanya masih lagi berjalan seperti biasa sahaja.
tak ada apa- apa yang istimewa.
Cuma yang bestnya ialah, masa mengajar aku telah dikurangkan dan telah di ambil alih oleh Pn Florida Lim.
Untuk tahun ni, aku cuma akan mengajar Pendidikan Kesenian Tahun 1, Pendidikan Moral Tahun 3, Bahasa Inggeris Tahun 4, RBT tahun 4,5,6 dan TMK 4,5,6. So tak banyak sangat kelas yang aku ajar tahun ni.Amin.

Tuesday, January 1, 2019

Pertama kali Pendidikan Moral

Tahun 2019.
Ini merupakan tahun pertama yang aku akan mengajar murid matapelajaran Pendidikan Moral.
Telah ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Moral untuk pelajar tahun 3.
Menarik juga ni.
ye lah. Aku akan dapat menerapkan nilai-nilai murni kedalam diri murid aku.
Insyaallah.
Walaupun matapelajaran Pendidikan Moral ini ada yang menganggapkan ianya tidak berapa penting, namun ini akan dapat membantu membina sahsiah murid dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.

1st January 2019

so, selamat tahun baru masihi 2019.
tahun ni merupakan tahun yang baru.
besok, akan memulakan sessi persekolahan yang baru dengan guru besar yang baru, memandangkan guru besar yang lama telah ditukarkan ke sekolah yang baru.
persiapan sekolah yang perlu aku siapkan, telah aku siapkan serba sedikit.
Segala Lesson plan dan RPT telah aku print out. sekecil manapun.

Monday, April 17, 2017

18th april 2017

Selamat pagi malaysia.
Woke up at 3.00 a.m. badan rasa x berapa enak. Rasa melayang aje badan ni. Mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor semalam. So... pagi ni tak boleh makan ubat lagi. Takut2 nanti tak boleh nak pandu kereta menaiki bukit kokol.
Apa2 hal pun... kena bersiap sedia untuk kerja pagi ni.

Log terkini

17th april 2017
Entry baru untuk blog ini.
Rasanya aku akan teruskan lagi memasukkan entry baru untuk blog ini. Nak jadikan tabiat untuk menulis sebarang isi hati aku dan isu2 semasa yang aku hadapi.
Hari ini merupakan hari yang agak tidak bagus untuk diri aku. Pagi2 lagi kaki kananku telah membengkak. Sebenarnya dah 4 hari bengkak bermula dr hari khamis lagi... namun x seteruk pagi ini. Setelah selesai hantar isteri aku ditempat meniaga kami... aku terus ke hospital tuaran. Sebab ini yang terdekat dgn rumah aku. Malas dah nak ke klinik swasta.... buat apa nak membazir. Dengan kaki kanan yang membengkak... aku gagahkan juga utk ke sana... mendapatkan rawatan.
Bila sampai... aku terus ke bahagian kecemasan. Sebab awal.lagi iaitu jam 6.30 pg... cepat aje aku diproses. Sebenarnya aku suka dtg pada awal pagi begini sebab x payah menunggu lama di klinik pesakit luar.
Setelah diperiksa... aku telah diberikan suntikan penahan sakit di punggung. Akibatnya... mengantuk la aku dan terlelap di atas katil menunggu. Doktor suruh aku berehat sebab tekanan darah aku agak tinggi. Cuma nasib baik tak tinggi sangat sampai kena makan ubat.
2 jam aku berehat disana. Agak nyaman dan tenang dibilik itu. So... aku pun dpt tidur tanpa gangguan. Thank you kepada semua doktor dan nurse hospital tuaran yang amat profesional.

Wednesday, February 22, 2017

Lama dah aku x post apa2 kat dalam blog ni. Mungkin sebab sibuk sangat atau aku sekadar dah tak peduli lagi untuk berkongsi apa-apa pun kat dalam blog ni.
Sekarang aku dan keluarga aku dah pindah ke sabah. Bermula dari 1 januari 2014.... perpindahan dari batu pahat johor ke kota kinabalu, sabah.
Ramai yang tertanya -tanya dan melahirkan rasa kehairanan mereka akan tindak tanduk diriku yang memohon perpindahan itu. Aku ada alasan aku tersendiri untuk memilih dan membuat keputusan untuk berpindah. Biarlah alasan itu menjadi satu misteri dan hanya diketahui oleh diri ini.
Pada permulaan perpindahan, banyak cabaran yang telah aku tempohi. Mana tak nya, aku tak kenal sesiapa pun di bumi kota kinabalu ni...
Namun , nasibku agak baik kerana telah bertemu seorang hamba allah Harrie melalui media sosial facebook. Walaupun cuma berkenalan melalui facebook, namun kemesraan kami cepat terbentuk. Aku boleh menaruh kepercayaan kepada beliau dan beliau telah membuktikan bahawa beliau boleh dipercayai dengan sanggup untuk menemankan diriku di saat aku menjejakkan kaki ke bumi kk.
Sebelum berpindah, aku kelam kabut utk mencari rumah sewa disini. Aku agak terkejut kerana harga sewaan untuk sebuah apartment atau rumah disini amatlah MAHAL. Utk sebuah apartment 3 bilik sahaja sewanya sebanyak rm1000! Itu pun setelah berbincang dan tawar menawar dengan pemiliknya... barulah aku dapat menyewa apartment tu.
Apartment tu penuh perabut. Namun agak sedih sebab ruang tamunya amat sempit sekali. Ruang memasak dan ruang menyidai baju berada ditempat yang sama. Anda bayangkanlah, bila anda memasak... bau makanan tu akan menyerap ke dalam baju yang anda sidai. Namun yang menyedihkan aku ialah apabila tuan rumah nak menipu aku. Bil2 yang sebelum ini telah disuruh aku untuk membayarnya. Apa kes?! Oleh itu bila keluarga aku yg lain tiba ke kk (aku pergi ke kk dulu untuk memudahkan aku mencari rumah sewa dll) dua minggu kemudian... aku dah mula cari rumah sewa yang lain.
Bila aku cakap nak pindah, tn rumah tak nak pulangkan deposit. Oleh itu aku pun terus tinggal disitu untuk sebulan lagi. Saja nak habiskan duit deposit sebagaimana yang telah dicadangkan oleh tuan rumah.
Melalui mudah.com aku telah berjaya mencari rumah sewa yang lain. Rumah teres 2 tingkat di taman putera perdana. Sewa rm950 sebulan. Tapi aku puas hati kerana ianya lebih luas dan ada 4 bilik. Bolehlah aku aku dapat bilik sorang satu.
Aku bersyukur kerana dapat isteri dan anak-anak yang dapat memahami dan menuruti kehendak aku untuk berpindah. Terima kasih sayang.