Hari ini aku pergi menonton Journey 2 di BP mall. Tayangan cerita dalam bentuk 3D agak hambar kerana agak kurang persembahan 3D yang boleh memukau pemandangan.
Secara keseluruhan cerita ini agak membosankan. Tidak seperti cerita yang terdahulunya yang lebih mendebarkan dan menyeronokkan. Penemuan kota silam Atlantis agak membazirkan penggunaan prop kerana tidak digunakan sepenuhnya. Ini kerana, kota Atlantis itu tidak diterokai dengan lebih mendalam dan hanya digunakan untuk sementara waktu sahaja. Sepatutnya penulis skrip harus mengolah lagi jalan cerita, kerana mesti penonton hendak tahu lebih lanjut lagi mengenai sesuatu tamadun yang telah hilang seperti Atlantis!(sebab saya pun nak tau jugak lebih lanjut mengenai Atlantis).
Hubungan antara Sean dgn ayah tirinya juga merupakan stereotype yang biasa digunakan oleh Barat untuk menggambarkan hubungan antara anak dan ayah tiri, dimana hubungan yang renggang itu akhirnya menjadi rapat semula.
Pada saya, keseluruhan cerita ini kurang menarik dan perlu digarapkan dengan lebih mendalam agar dapat memberikan kesan yang lebih kepada penonton. Saya merasa agak kesal kerana menonton filem ini kerana tidak dapat merasakan sebarang keistimewaan filem ini.

No comments:
Post a Comment