6/2/2012
Dah lama dah aku x masukkan entry dalam blog ni.
Minggu ini merupakan minggu yang memenatkan untuk aku.
Dan lebih malang lagi apabila kereta kesayanganku telah di langgar oleh sebuah motorsikal.
Ini berlaku di pekan parit raja. Aku nak belok ke kanan dan dari jauh aku nampak sebuah motorsikal ditunggang oleh 2 pemuda cina. Lampu isyarat motorsikal mereka menyala, menunjukkan mereka hendak belok ke kanan. So, apa lagi, aku pun teruslah belok untuk memasuki ESSO parit Raja. Rupanya si penunggang motor ni nak terus. Apa lagi, terus dirempuhnya motorsikal aku. HAMPEH tul. Jahanam sebelah kiri kereta aku sampaikan pintu depan dan belakang x boleh dibuka. Lain kali belajar menunggang motor tu dgn betul. Kalau nak terus, jangan hidupkan signal ke kanan. Itulah attitude kebanyakkan penunggang di Malaysia. Banyak tabiat buruk yang pemandu di Malaysia lakukan. Antaranya ialah:
1) Memandu dan menunggang motorsikal sambil text messaging dgn talifon diaorang.
2) Keluar daripada simpang (terutama motorsikal) tanpa berhenti terlebih dahulu untuk melihat ke kiri dan kekanan (apa! diaorang ingat, diaorang sorang ajeke yang gunakan jalanraya tu)
3) Motorsikal yang keluar waktu malam dan awal pagi tanpa ada lampu belakang. Wey JPJ dan encik2 Polis, tolonglah ambil tindakan untuk mangkuk2 ayun yang x sayangkan nyawa ni daripada menyusahkan orang lain.
4)Memandu kereta sambil meriba baby kecil mereka. Aduhai. Ni lagilah sengal. Apa x sayang ke pada anak sendiri? Buatnya kereta brek emergency, mau mampus budak tu tercampak nanti.
5)Belok kekiri atau kanan tanpa menggunakan signal. Dey Thambi, signal tu di reka untuk memudahkan orang tau anda nak ke kiri atau kekanan. Adakah korang ingat, orang kat belakang tu reti nak baca isi hati korang yang bangang tu?
6)Memandu laju dan memotong secara tiba2. Ingatkan nak pergi jauh sangat. Rupanya ke simpang depan aje. Pastu terus brek emergency.
7) Motorsikal yang bila di lampu isyarat, belok ke kiri dan curi line untuk terus dgn buat u-turn kat simpang kiri atau kanan.
8) Pengubahsuaian kereta dan motorsikal yang melampau tapi x cukup spesifikasi keselamatannya. Kalau buat kereta dan motor jadi laju, aspek2 keselamatan seperti brek dll mestilah di upgrade jugak.
9) Untuk yang perempuan, jgnlah make up masa tengah drive. Nanti karang, x sempat ke opis, ke kubur lak awak pergi.
10)Tuan2 dan Puan2 sekalian, didiklah anak anda agar jangan buang sampah keluar daripada kereta anda. Simpanlah kejap sampah tu dalam kereta sebelum buang dalam tong sampah. Aku pernah kena. Lampin pakai buang yang penuh dgn taik dibuang dari kereta dan kena ke cermin depan kereta aku. Bila aku guna wiper, habis taik tu penuh kat cermin. Ada ke patut?
Ingatlah ek. Ni baru sikit aje ni. Kalau nak ikutkan, x cukup 10 hari 10 malam. Ingatlah bahawa jalanraya bukan bapak awak yang punya tau.

No comments:
Post a Comment