Tuesday, January 1, 2019

Pertama kali Pendidikan Moral

Tahun 2019.
Ini merupakan tahun pertama yang aku akan mengajar murid matapelajaran Pendidikan Moral.
Telah ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Moral untuk pelajar tahun 3.
Menarik juga ni.
ye lah. Aku akan dapat menerapkan nilai-nilai murni kedalam diri murid aku.
Insyaallah.
Walaupun matapelajaran Pendidikan Moral ini ada yang menganggapkan ianya tidak berapa penting, namun ini akan dapat membantu membina sahsiah murid dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.

1st January 2019

so, selamat tahun baru masihi 2019.
tahun ni merupakan tahun yang baru.
besok, akan memulakan sessi persekolahan yang baru dengan guru besar yang baru, memandangkan guru besar yang lama telah ditukarkan ke sekolah yang baru.
persiapan sekolah yang perlu aku siapkan, telah aku siapkan serba sedikit.
Segala Lesson plan dan RPT telah aku print out. sekecil manapun.

Monday, April 17, 2017

18th april 2017

Selamat pagi malaysia.
Woke up at 3.00 a.m. badan rasa x berapa enak. Rasa melayang aje badan ni. Mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor semalam. So... pagi ni tak boleh makan ubat lagi. Takut2 nanti tak boleh nak pandu kereta menaiki bukit kokol.
Apa2 hal pun... kena bersiap sedia untuk kerja pagi ni.

Log terkini

17th april 2017
Entry baru untuk blog ini.
Rasanya aku akan teruskan lagi memasukkan entry baru untuk blog ini. Nak jadikan tabiat untuk menulis sebarang isi hati aku dan isu2 semasa yang aku hadapi.
Hari ini merupakan hari yang agak tidak bagus untuk diri aku. Pagi2 lagi kaki kananku telah membengkak. Sebenarnya dah 4 hari bengkak bermula dr hari khamis lagi... namun x seteruk pagi ini. Setelah selesai hantar isteri aku ditempat meniaga kami... aku terus ke hospital tuaran. Sebab ini yang terdekat dgn rumah aku. Malas dah nak ke klinik swasta.... buat apa nak membazir. Dengan kaki kanan yang membengkak... aku gagahkan juga utk ke sana... mendapatkan rawatan.
Bila sampai... aku terus ke bahagian kecemasan. Sebab awal.lagi iaitu jam 6.30 pg... cepat aje aku diproses. Sebenarnya aku suka dtg pada awal pagi begini sebab x payah menunggu lama di klinik pesakit luar.
Setelah diperiksa... aku telah diberikan suntikan penahan sakit di punggung. Akibatnya... mengantuk la aku dan terlelap di atas katil menunggu. Doktor suruh aku berehat sebab tekanan darah aku agak tinggi. Cuma nasib baik tak tinggi sangat sampai kena makan ubat.
2 jam aku berehat disana. Agak nyaman dan tenang dibilik itu. So... aku pun dpt tidur tanpa gangguan. Thank you kepada semua doktor dan nurse hospital tuaran yang amat profesional.

Wednesday, February 22, 2017

Lama dah aku x post apa2 kat dalam blog ni. Mungkin sebab sibuk sangat atau aku sekadar dah tak peduli lagi untuk berkongsi apa-apa pun kat dalam blog ni.
Sekarang aku dan keluarga aku dah pindah ke sabah. Bermula dari 1 januari 2014.... perpindahan dari batu pahat johor ke kota kinabalu, sabah.
Ramai yang tertanya -tanya dan melahirkan rasa kehairanan mereka akan tindak tanduk diriku yang memohon perpindahan itu. Aku ada alasan aku tersendiri untuk memilih dan membuat keputusan untuk berpindah. Biarlah alasan itu menjadi satu misteri dan hanya diketahui oleh diri ini.
Pada permulaan perpindahan, banyak cabaran yang telah aku tempohi. Mana tak nya, aku tak kenal sesiapa pun di bumi kota kinabalu ni...
Namun , nasibku agak baik kerana telah bertemu seorang hamba allah Harrie melalui media sosial facebook. Walaupun cuma berkenalan melalui facebook, namun kemesraan kami cepat terbentuk. Aku boleh menaruh kepercayaan kepada beliau dan beliau telah membuktikan bahawa beliau boleh dipercayai dengan sanggup untuk menemankan diriku di saat aku menjejakkan kaki ke bumi kk.
Sebelum berpindah, aku kelam kabut utk mencari rumah sewa disini. Aku agak terkejut kerana harga sewaan untuk sebuah apartment atau rumah disini amatlah MAHAL. Utk sebuah apartment 3 bilik sahaja sewanya sebanyak rm1000! Itu pun setelah berbincang dan tawar menawar dengan pemiliknya... barulah aku dapat menyewa apartment tu.
Apartment tu penuh perabut. Namun agak sedih sebab ruang tamunya amat sempit sekali. Ruang memasak dan ruang menyidai baju berada ditempat yang sama. Anda bayangkanlah, bila anda memasak... bau makanan tu akan menyerap ke dalam baju yang anda sidai. Namun yang menyedihkan aku ialah apabila tuan rumah nak menipu aku. Bil2 yang sebelum ini telah disuruh aku untuk membayarnya. Apa kes?! Oleh itu bila keluarga aku yg lain tiba ke kk (aku pergi ke kk dulu untuk memudahkan aku mencari rumah sewa dll) dua minggu kemudian... aku dah mula cari rumah sewa yang lain.
Bila aku cakap nak pindah, tn rumah tak nak pulangkan deposit. Oleh itu aku pun terus tinggal disitu untuk sebulan lagi. Saja nak habiskan duit deposit sebagaimana yang telah dicadangkan oleh tuan rumah.
Melalui mudah.com aku telah berjaya mencari rumah sewa yang lain. Rumah teres 2 tingkat di taman putera perdana. Sewa rm950 sebulan. Tapi aku puas hati kerana ianya lebih luas dan ada 4 bilik. Bolehlah aku aku dapat bilik sorang satu.
Aku bersyukur kerana dapat isteri dan anak-anak yang dapat memahami dan menuruti kehendak aku untuk berpindah. Terima kasih sayang. 

Monday, October 29, 2012

30th October 2012.
Today's mission:- SK Jelutong's sports day.
Frankly said, this sports day is not the day that anyone, including me, expected. 
With poor management by the appropriate authority, I am sad that an event that is spectacular like this can turn up to be sour and unpleasant. 
But, SKJ  teachers will do their best for it.....with the help of the students and also the school's workers. Hope everything won't suck.

Sunday, October 28, 2012

28/oktober 2012
Pada pukul 2.20 ptg, maka pergilah Nendaku Hjh Mariam bt Hj Sirat ke Rahmatullah menghadap Illahi. Nasib baik minggu lepas aku sempat juga melawat beliau di Johor Bahru sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Berasa sayu juga dihati bila menatap wajah arwah yang terbujur kaku di hadapanku di Masjid Separap. Bila ku kucup dahinya, terasa lembut dan sejuk. Bau wangi air kapur barus jelas menusuk kedalam rongga hidungku. 
Malam itu juga jenazah nendaku dikebumikan. Dikelilingi oleh kaum keluarga dan sahabat handai menemani nenda ke tempat persemadian terakhir beliau. Pukul 9.15 malam, maka jenazah beliau selamat dikebumikan di lot 333 tanah perkuburan islam Separap.  Semoga Nenda akan ditempatkan dikalangan hambaNya yang solehah.
- Selepas ini, setelah ketiadaan Nendaku, maka adakah kami, ahli keluarga Hj Salleh, akan berkumpul semula di rumah Nenda ketika perayaan aidilfitri? Atau adakah kami akan membawa diri masing-masing jauh meninggalkan rumah nenda? Adakah silaturahim antara kami nanti akan terkubur bersama dengan terkuburnya jasad Nenda? Entahlah. Aku cuma berharap kami semua tidak akan melupakan antara satu dengan yang lain dan akan senantiasa mengeratkan silaturahim antara kaum keluarga ini......
Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Nenda dan Atukanda agar mereka tenang bersemadi di sana....al-fatihah