Friday, March 16, 2012

17 March 2012.
Blog in terbaru aku. Dah lama dah aku x update aku punya blog ini. Sibuk sesangat dengan tugasan yang ada di IPTI. Ternyata, ada di antara kawan aku yang masih tidak sedarkan diri, masih malas untuk berusaha dalam menyiapkan assignment yang diberikan oleh para pensyarah.
Nama aje dah tua dan dah jadi guru punyalah lama, tp perangai mengalahkan bebudak baru aje masuk tadika. Apa le hampeh... Macam ni ke kita nak menjadi contoh yang terbaik untuk anak murid kita?
Yang penting, tiga assignment aku semua dah aku hantar. So, sekarang cuma nak tumpukan perhatian pada assignment Dr Sarimah dgn Tuan Hj Ariff. Payah juga tu dengan statistik dan pelbagai lagi

Saturday, February 25, 2012

25 Feb 2012

hari sabtu. teknik menjawab soalan bi untuk pelajar upsr 2012.
then my son went to the cc at the evening and he lost his bicycle.....

Tuesday, February 14, 2012

14-2-2012

Hari ini teringin rasanya aku nak menonton filem Star Wars- The Phantom Menace dalam 3D. Tapi bila difikirkan semula, rasa membazir la pulak sebab di rumahku penuh dengan koleksi siri Star Wars dalam format DVD. Lagi best lepak rumah rasanya.

13/02/2012

Hari ini aku pergi menonton Journey 2 di BP mall. Tayangan cerita dalam bentuk 3D agak hambar kerana agak kurang persembahan 3D yang boleh memukau pemandangan.
Secara keseluruhan cerita ini agak membosankan. Tidak seperti cerita yang terdahulunya yang lebih mendebarkan dan menyeronokkan. Penemuan kota silam Atlantis agak membazirkan penggunaan prop kerana tidak digunakan sepenuhnya. Ini kerana, kota Atlantis itu tidak diterokai dengan lebih mendalam dan hanya digunakan untuk sementara waktu sahaja. Sepatutnya penulis skrip harus mengolah lagi jalan cerita, kerana mesti penonton hendak tahu lebih lanjut lagi mengenai sesuatu tamadun yang telah hilang seperti Atlantis!(sebab saya pun nak tau jugak lebih lanjut mengenai Atlantis).
Hubungan antara Sean dgn ayah tirinya juga merupakan stereotype yang biasa digunakan oleh Barat untuk menggambarkan hubungan antara anak dan ayah tiri, dimana hubungan yang renggang itu akhirnya menjadi rapat semula.
Pada saya, keseluruhan cerita ini kurang menarik dan perlu digarapkan dengan lebih mendalam agar dapat memberikan kesan yang lebih kepada penonton. Saya merasa agak kesal kerana menonton filem ini kerana tidak dapat merasakan sebarang keistimewaan filem ini.

Friday, February 10, 2012

gambar2 pertandingan sepaktakraw mssc pintas puding 2012













Hari ni hari Sabtu,11 Februari 2012.
Hari ni merupakan hari persekolahan ganti untuk cuti perayaan tahun baru cina.
Ramai antara pelajar yang tidak menghadiri sessi persekolahan pada hari ini.
Ada juga yang telah memecahkan tingkap bilik darjah seawal pukul 7 pagi akibat daripada bermain sepaktakraw di dalam bilik darjah. Aduhai anak murid aku. Kalau nak main pun, mainlah kat gelanggang yang disediakan oleh pihak sekolah.
Ada seorang dua guru yang tidak dapat menghadiri sessi persekolahan pada hari ini. Maybe mereka cuti ataupun berkursus. Aku pun tak pasti.
Yang pastinya, bini aku hari ni x kerja. Jadi bolehlah aku menikmati juadah tengahari yang panas2 daripada dia. Baguslah bini aku x kerja. Boleh beliau berehat saja di rumah sambil melayan puteri yang sorang tu.
Friday-10th February 2012.
Hari ini aku sibuk buat laporan untuk Kejohanan Sepaktakraw MSSC Pintas Puding. Sekolah aku kalah dan x jadi johan. Apa nak buat..... latihan yang tidak mencukupi. Gambar2 sepanjang kejohanan telah ku berikan kepada En Saifulnizam untuk di buat simpanan untuk pihak sekolah.

Perkara lain, semalam aku dan Encik Jamal dah buat jadual untuk latihan Balapan dan Padang SKJ untuk Kejohanan Balapan dan Padang 2012. Namun begitu, GB cakap jadual untuk hari esok kena batalkan. Aduhai. Penat aku buat jadual tu. Siap dah arahkan murid yang terlibat supaya standby, tapi terpaksa kena kensel besok. Setelah berbincang dengan S/U sukan, kami telah sebulat suara dan perut supaya tidak menghantar kontijen SKJ ke kejohanan Balapan dan Padang MSSC kelak. Dengan kurangnya latihan diberikan kepada murid, maka jadi membazir aje nanti. Murid x dapat menyerlahkan potensi sebenar mereka.